ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

sebelum tirai berlabuh

















Tinggal beberapa hari sahaja lagi tabir 2008 akan berlabuh. Sepanjang tahun ini, ada beberapa perkara besar yang berlaku di negara kita. Kejadian penemuan gadis kecil bernama Nurul Jazlin Jazimin dalam keadaan yang cukup menyayatkan, disoroti pula dengan kehilangan adik sharlinie yang sehingga kini masih belum ditemui. Kisah keranda 152, kegagalan pihak tertentu mempertahankan perlembagaan negara sehingga perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sentiasa diteruskan, banjir-banjir besar, serangan wabak chikungunya dan yang terbaru tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa serta banyak lagi peristiwa dan pencapaian yang terukir, adakah ianya cukup memberi kesan pada hati kita. Selain akhir-akhir ini, peranan media dalam mendidik masyarakat mencintai hiburan semakin berjaya sehinggakan kisah di sebalik kain artis juga menjadi bahan utama, adakah kita juga turut menyumbang kepada pemujaan hedonisme?

(klik di sini)

jalan menuju taubat















Perjanjian kita sebagai hamba dan khalifah sudah termaktub ketika di louh mahfuz dan pernah terpateri ketika kita di alam rahim. Sebaik sahaja kita melihat dunia, peranan itu sudah mula terabai. Sedikit demi sedikit ianya terhakis. Bahkan sehingga satu peringkat kita melupakan perjanjian tersebut. Berdasarkan mafhum surah ini, apakah cukup berani untuk kita menafikan peranan tersebut?


Dan sememangnya dalam tempoh kehidupan kita betapa banyak dosa yang kita lakukan sama ada dosa kecil mahupun dosa besar. Penyelesaiannya mohonlah keampunan dari Tuhan. Mudahkan? Tetapi, bagaimana pula apabila kita melakukan dosa, kemudian kita bertaubat, dan kemudian kita kembali melakukan dosa. Tidak hairanlah ada yang beranggapan tidak mahu bertaubat kerana merasakan belum bersedia atau takut akan kembali kepada dosa. Sayangnya definisi taubat bagi kita semudah memohon keampunan dari Allah. Bibir mampu mengungkap doa, sayangnya hati tidak terikut sama. Itulah kelemahan kita sebagai manusia.


(klik di sini)

Apa harapan kita?
























Membicarakan tentang harapan apabila usia semakin meningkat, bentuk dan figur-figur harapan itu kebiasaannya menjadi lebih besar. Sifatnya juga makin mencapah. Dari ruang lingkup harapan ibu bapa dan guru, kini bentuknya lebih menjurus kepada cita-cita, keluarga dan masa depan. Walaubagaimanapun, jangan sesekali kita lupa pengharapan itu perlu bersandar pada Allah dahulu. Memetik kata-kata ulama’ mursyid:


“jika kita berharap sesuatu selain dari Allah, jika kita dapat, kita berbangga. Jika tidak, kita akan kecewa. Tetapi jika kita berharap segalanya pada Allah, jika kita dapat kita gembira. Jika tidak, kita tetap akan berasa tenang, lapang dan bahagia.”



(klik di sini)

DIA tempat mengadu
















Akhir-akhir ini, banyak sungguh musibah dan peringatan yang Allah beri. Dalam keadaan dunia menghampiri penghujung usia, menghabis sisa-sia senjanya, banyak juga yang kehilangan nikmat Iman dan Islam. Ujian yang turun bertalu-talu mengundang rasa nikmat keTuhanan. Tidak kurang juga membawa kita ke garisan kekufuran dek kerana lemahnya hati bersangka baik dengan Allah. Disebabkan kerana tunduk pada nafsu dan emosi kita gagal memahami teguran dari Dia. Hidup yang bergelumang dengan dosa zahir dan batin perlu akan penawarnya. Penawar bagi hati sudah tentu ingatkan Allah, membaca al-Quran dan ingatkan mati. Namun tidak semua mampu mengikut cara yang sama. Membaca al-Quran tanpa memahami maknanya, sukar untuk kita menghayati kalamullah itu. Walaubagaimanapun, dalam melaksanakan ketiga-tiga cara itu perlu dimulakan dalam diri kita. Hati yang sedia berbicara, bermuhasabah dan mengadu hanya pada DIA, mudah-mudahan beroleh ketenangan dan kebahagiaan dalam beramal.

(klik di sini)

sup gigi


















Sudah beberapa hari aidil adha dilewati. Antara hari kebesaran Islam yang mempunyai signifikan tersirat di sebalik lipatan sejarah Nabi Allah Ibrahim. Sebagai hamba, sememangnya tugas kita untuk sentiasa bersyukur dan bersabar. Tangisan mangsa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa seakan diiringi dengan turunnya hujan dari perut langit yang tidak henti-henti. Biar apapun keadaan kita, setiap kejadian hanyalah sedikit dari ujian dan kasih sayang Allah. Tidak perlu mencari salah siapa, melepaskan emosi dan perasaan di sebalik celahan runtuhan tersebut sekiranya sehingga kini kita gagal mengaitkan perasaan keTuhanan itu. Walaubagaimanapun, penulisan kali ini tidak mahu berterusan mengundang kesedihan. Hanya sekadar perkongsian buat pengubat duka barangkali.

(klik di sini)

salam aidil adha..









selamat hari raya aidil adha
diucapkan kepada pengunjung teratak
wadah penjana minda. Kad raya ini ditaja oleh
saudara Abdullah bin Abdul Razak A.K.A Tawakkil boy.Syukran ya akhi..
kepada semua pengunjung..
renungilah kata-kata ini bersama:

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Korbankan kehidupan untuk Islam
sesungguhnya, itulah sebesar-besar pengorbanan
di sisi Allah..

jangan berpaut pada batu itu...

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia” (Al-Ahzab (33):72).

bukit Tabur, megahnya menjadi khazanah berharga. Ada apa dengan Bukit Tabur? bersama menyingkap kisahnya. Sebuah perisitwa, pengalaman, ilmu dan ceritera di sebalik megahnya sang bukit. Bersama menyelami kisah di sebalik Bukit Tabur, sehinggakan tidak sah menjadi pelajar UIA jika tidak meneroka keunikan Bukit Tabur.

kayu ukur dunia











Pada saat entri ini ditaip, mungkin manusia yang bergelar pelajar, atau penuntut ilmu rata-rata sudah memperolehi keputusan peperiksaan. Kepada yang belum, jelaslah penantian itu satu penyeksaan. (padanya yang menanti sangat-sangat la) Apapun, segalanya dikembalikan kepada Yang Maha Esa. Sama ada kita bersedia menerima dengan syukur, atau kita tewas dengan kufur. Hikmah yang kita tahu di sebalik setiap kejadian adalah perkiraan kita atas keterbatasan kita sebagai manusia, tetapi hikmah mutlak hanya Allah sahaja yang tahu. Sememangnya atas keterbatasan kita sebagai manusia, setiap perkara kita ukur dengan kayu ukur dunia. Setiap benda kita mengambil kira pandangan manusia. Hal ini disebabkan pergantungan hidup kita dengan manusia yang lain sangat perlu dan perkara ini ditekankan lagi dalam kalam Allah sebagai hablu min an-Nass (hubungan sesama manusia).

(klik di sini)

GRIDIRON GANG
















Bicara wadah penjana minda kali ini menjurus pada sebuah filem barat berjudul Gridiron Gang. Pertama kali menonton, sememangnya filem ini sangat memberi kesan dan motivasi. Banyak aspek yang boleh kita pelajari dan kaitkan dalam kehidupan terutamanya bagi hamba Allah yang memilih jalan da'wah. Ditunjangi Dwayne Johnson sebagai teraju utama, filem ini mengambil latar tempat di sebuah Pusat Juvana Kem Kilpatrick atau di sini lebih kita fahami sebagai pusat pemulihan akhlak. Filem arahan Phil Joanou ini adalah berkisarkan realiti sebenar dan dilakonkan dalam bentuk filem oleh The Rock, Jade Yoker (weathers), david Thomas (kelvin) dan lain-lain tanpa sedikit pun mengubah dialog asal, perwatakan bahkan nama karektor sebenar.

(Klik di sini)

mereka istimewa...












Bayangkan berada di dalam kondisi mereka. Dunia tanpa warna, hanya berpandukan gerak rasa, bunyi (sebahagian dari mereka), derap langkah diatur hati-hati. Kadangkala tersungkur atau tersadung. Namun mereka tetap istimewa. Mereka bahkan jauh lebih baik daripada kita. Sememangnya Allah Maha Adil, dunia mereka tanpa warna, tetapi jiwa dan hati mereka bersih tanpa noda. Jauh berbeza dengan kita. Kita sering alpa dengan mafhum surah ar-Rahman.

"nikmat Tuhanmu yang manakah, yang kau dustakan?"

(klik di sini)

TOM TOM BAK vs mari bertaranum











Assalamualaikum dan salam ziarah. Artikel kali ini serasa pembaca dengan mudahnya boleh meneka atau menilai isi yang akan disampaikan. Sama ada penulis dirasakan jumud, konservatif atau tidak open minded, anda semua mempunyai hak untuk terus menegur, memberi pandangan dan kritikan. Selagi mana kita yang dinamakan manusia ini mempunyai secebis hati untuk memerhatikan, selagi itulah wadah penjana minda tidak berhenti memberi ruang pada otak dan akal untuk berfikir, untuk dijana.

(klik di sini)

Tuhan Manusia





















Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.
Sudahkah anda memiliki Tuhan Manusia? Bahan bacaan ilmiah ini harus dimiliki bagi sesiapa yang belum pernah membacanya. Perkongsian tentang ulasannya di gelombang seni

sains, seni dan falsafah


















Sudah sekian lama maudhu’ ini berlegar-legar di ruang percaturan minda. Namun, tanpa kefahaman jitu, artikel ini tidak terlayang dalam ruangan maya. Dan, setelah melepasi semester pertama, mengenali dunia senibina, bergelumang dengan lukisan-lukisan, sebahagian dari maksud Senibina rekabentuk alam sekitar ini mula terungkai. Biar hanya menyentuh permukaan, dan sedikit menyelami tentang hibrah (pengalaman) insan yang disibukkan Allah dengan cara hidup yang berbeda, keberanian untuk berkongsi tentang apa itu sains, seni dan perkaitannya dengan falsafah mula membibit.

(klik di sini)

pelita itu terpadam sumbunya..



Tidak tahu di mana ingin kumula bicara..Sekadar mengingati beberapa peristiwa yang mewarnai sejarah kehidupanku. Benarlah, sejarah itu berulang lagi. Dalam ketakutan dan kegusaran menghadapi berita itu ketika diri masih bergelumang dalam perjuangan duniawi, akhirnya perancangan Dia juga yang paling baik. Tanggal 5 november 2008, aku telah kehilangan seorang insan yang kusayang. Saat minda dan semangat disisipkan buat bekalan peperiksaan beberapa jam sahaja lagi, deringan telefon bimbit telah meruntuhkan tembok kecekalanku. Semoga roh allahyarham Hasyim bin Mat dicucuri rahmat Allah swt. Mati itu pasti sebagaimana pelita itu terpadam sumbunya.. alfatihah..

artikel penuh di gelombang seni

taklifan bukan kemuliaan

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”

bukhari dan Muslim

Berdasarkan dalil di atas, seharusnya kita jadikan hadis tersebut pengajaran besar dalam kehidupan memandangkan fenomena kini jawatan atau taklifan dilihat sebagai satu kepentingan dan kuasa perubah yang paling ampuh. Tidak hairanlah politikus -politikus masa kini khususnya lebih menumpukan soal peralihan kuasa dan yang paling malang lagi ada yang masih berharap dapat memegang pucuk pimpinan dengan lebih lama. Tidakkah mereka bimbang andai dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan? Apakah yang akan dijawab di hadapan Raja sekalian raja sekiranya amanah gagal dilaksanakan?

(klik di sini)

budaya baru lebaran



Sempena lebaran yang menjelang ini, sudah menjadi satu budaya bagi pengguna blog untuk memanfaatkan medium maya ini. Sama ada perkongsian berbentuk penceritaan, pengalaman, tazkirah, pengamatan, kritikan dan sebagainya, budaya ini menunjukkan satu perkembangan positif bahawa masyarakat Malaysia memang gemar menulis, walaupun kurang membaca. Apa yang membezakan setiap pengguna blog itu sendiri berdasarkan gaya penulisan dan penyampaian. Lebih-lebih lagi menjelang aidilfitri, masing-masing tidak mahu ketinggalan berkongsi cerita dan yang penting penceritaan mestilah diniatkan sebagai ibadah agar ianya menjadi ilmu yang boleh dimanfaatkan.

(klik di sini)

daging unta dan kacang wasabi




























Pada mulanya, rasa ragu-ragu untuk memilih topik ini, namun memandangkan ada perkara yang kita boleh pelajari berdasarkan pengalaman, pengamatan dan peristiwa, topik ini tetap diteruskan. Masih lagi dalam perspektif yang sama, bezanya daya fikir kita sendiri yang membentuk, merencana dan mensimulasi. Daging unta dan kacang wasabi. Tiada perkaitan di antara duanya. Cuma kebijaksanaan Allah mengatur peristiwa itu, sahur terakhir aku dengan daging unta. Sangat-sangat tidak disangka. Dan keesokan harinya (hari raya) lidah menjadi kebas dek kerana termakan kacang wasabi. Dua peristiwa ini hanya dapat ditempuh saat ini atas izin-Nya jua. Selepas dua peristiwa ini, segera kotak minda merencana satu landskap permikiran untuk dikongsi bersama.

(klik di sini)

tart berinti dosa














Judul ini datang dalam bentuk intuisi, saat mata terpana pada fragmen akhbar yang bertajuk puasa songsang. Serasa, ramai pembaca maklum berkenaan puasa songsang yang dijelaskan di dalam akhbar tersebut. Sebagaimana kita lihat kuih tart nenas yang sangat popular menjelang hari lebaran, judul ini kelihatan sangat bertentangan dengan sifat tart nenas itu sendiri. Adakah munasabah sebiji kuih boleh berintikan dosa? Harap tiada yang salah faham di sini. Topik kali ini sekadar disesuaikan dengan fenomena yang berlaku di negara kita.


(klik di sini)

usrah kek pisang
















Usrah kek pisang. Bunyinya kedengaran aneh. Tetapi istilah inilah antara yang mampu menjadi daya tarikan ketika berusrah di Pusat asasi Universiti Islam antarabangsa PJ dahulu. Bahkan, jika dibangkitkan terminologi ini, pasti berderai tawa di antara kami sahabat sefiqrah. Menjadi naqib atau pengendali usrah bukanlah satu perkara mudah. Sebanyak mana pun program dan pengalaman yang ada, setiap usrah sangat berbeza rentak, dan jalan ceritanya. Lebih-lebih lagi apabila ahli usrah mempunyai latar belakang yang berbeza. Mengimbau kembali perkenalan ku dalam dunia usrah ini ketika berada di tingkatan dua. Di sebuah sekolah agama di Nilai, Negeri Sembilan.

(klik di sini)

iftar yogurt









Sudah lama memikirkan topik entry kali ini, dan bertangguh untuk disiarkan, tetapi baru kini berkesempatan untuk dilayarkan di teratak wadah penjana minda. pada pertengahan ramadhan lalu, berkesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dalam program WAMY (world Assembly Muslim YOuth) yang diadakan di conference room UIA Gombak. Kehadiran bersama beberapa orang teman secara tidak langsung membawa satu perkenalan baru dengan saudara seaqidah dari negara-negara lain. Meskipun begitu, rata-rata yang hadir datangnya dari nusantara. Indonesia, Thailand, China, Singapura dan lain-lain.

(klik di sini)

di mana jati diri kita???





Untuk ruangan kali ini, sedikit coretan melampiaskan rasa kecewa, geram dan marah. Selepas kemerdekaan negara yang telah mencapai 51 tahun, mentaliti kebanyakan di antara kita menjadi lebih jumud ortodoks dan konservatif. Perasaan marah dan geram ini hanya dapat diterjemahkan di dalam ruangan maya sebagai satu wadah agar kita jana minda kita. Betapa kelompok melayu sekarang makin hilang jati diri. Politikus-politikus dari jentera kerajaan mahupun pembangkang yang dahulunya mempertahankan Melayu dan Islam kini berubah prinsip. Menjaga toleransi dan perpaduan kaum adalah hujah mereka yang membuatkan kedua-dua jentera tersebut seboleh-bolehnya bersikap akomodatif terhadap bangsa bukan melayu. Terbaru, Umno merasa malu dan memohon maaf secara terbuka apabila seorang pemimpin mereka hanya mengatakan"bangsa cina adalah bangsa pendatang. Kenapa perlu beri hak sama rata"

(klik di sini)

ramadhan: atma bersuara


Langit berubah rona. Awan berarak menanggung bebanan titisan hujan. Hari ini seperti hari-hari sebelumnya , bumi bakal dibasahi tangisan hujan. Jiwa mendung ini menjadi semakin kelam. Angin sepoi-sepoi bahasa bertukar warna, menjadi semakin rakus menyemilir suasana petang. Aku menghampiri jendela. Membiar atma bersuara, jiwa berkata-kata. Keluhan pertama dilepaskan. Biar hanya telinga sendiri yang mendengarnya, namun keluhan itu dirasakan berat, seberat awan hitam yang menanggung bebanan hujan. Seberat amanah Allah yang menghancurkan gunung. Jiwa ingin berkata, tetapi mana dia suaranya? hati ingin bermonolog, tetapi tiada upaya.

Ya Allah, biarkan atma ini bersuara. Melepaskan peritnya bebanan jiwa, yang bersimpul mati dengan penyesalan. Ya Allah, dengarilah suara hatiku. Tiada tempat selayaknya ku mengadu. Titisan hujan akhirnya membasahi bumi. Awan hitam kini tidak mampu lagi memikul bebanan. Rekahannya menitiskan air hujan dari perut langit. Perlahan-lahan titisan panas mengalir dari kolam mata. Ku kira, tangisan ini bukan sekadar menyambut kehadiran ramadhan, tetapi menangisi kekerdilan diri. Betapa kesucian dan kenikmatan ramadhan gagal menyapa jiwa ini. Atau mungkin juga kehadiran ramadhan sekadar melintasi di hadapan mata.

Di manakah kenikmatan itu ya Allah? Kenapa jiwa aku terasa hambar? Kosong dan tidak bernyawa..
Mungkinkah aku bukan manusia pilihan-Mu? Bibir mudah mengatur madah, akal mudah mencatur langkah. Tetapi, jiwa yang sepi ini, sudah dibayangi dosa. Menggilai kepekatan malam yang penuh noda. Biarlah atma ini bersuara. Melampiaskan keluhan dan jerutan yang merantai rohani. Hidup penuh kepura-puraan. Ramadhan juga tidak sudi menatap wajah ini. Berilah aku ruang ya Allah, merasa nikmatnya ramadhan kali ini. Demikian sahaja, apabila atma bersuara.

ada apa 21 ogos??



Sedang kita sibuk menghitung hari sebelum tarikh keramat 31 Ogos, barangkali ramai yang tidak tahu, sepuluh hari sebelum tarikh tersebut berlaku peristiwa yang wajib diingati oleh umat Islam. Kemerdekaan negara kita yang seakan suram dek kerana isu Permatang Pauh yang lebih menjadi fokus bagaimanapun tetap tidak menghalang sambutan 31 Ogos diraikan. Namun begitu, kemerdekaan yang ditagih di salah sebuah tempat suci umat Islam tidak seharusnya dibiar melukut di tepi gantang. Palestin atau lebih tepat lagi Masjid al-Aqsa mempunyai sejarah yang wajib diingati sekiranya kita mengaku saudara seaqidah dengan mereka. Mungkin di atas kelemahan kita sendiri fakta ini tidak disebarkan, tetapi selagi kalimah syahadah masih mekar di atma kita, kita punya kuasa dan upaya untuk memperjuangkan nasib mereka biar dalam kalungan doa sekalipun.


Ada apa dengan 21 Ogos? Kenapa perlu kita sibuk? Apa pertalian kita dengan mereka? Soalan-soalan berbaur negatif ini ada jawapannya. Sabdaan nabi yang bermaksud:

"barangsiapa yang tidak mengambil berat nasib sesuatu kaum (Islam), maka mereka bukanlah
dari kalangan kaum (Islam) itu,"

(klik di sini)

bahana istilah

Mutakhir ini, manusia mudah memperolehi segala maklumat dan informasi hanya melalui media elektronik, media cetak mahupun 'media bergerak' (mulut manusia). Semangat inkuiri yang terlalu tinggi dan penyebaran maklumat yang terlalu pantas secara tidak langsung menyekat ruang minda masyarakat untuk terus membuat pertimbangan, menyiasat, menapis dan mengkaji. Disebabkan keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan pantas akhirnya telah melahirkan satu landskap pemikiran yang jumud, konservatif, ignorant dan penghukum. Mungkin bukan semua tergolong dalam kelompok ini. Tetapi, senario kompetitif yang dimainkan media sebagai bahan pelaris produk mereka menjadikan istilah sebagai daya tarik sebahagian masyarakat yang sering melatah dengan pernyataan-pernyataan dan tagline yang bersifat ambiguiti (tidak jelas). Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan satu budaya fitnah memfitnah, saling menuduh dan bersikap menghukum. Tegasnya, kelangsungan fenomena ini seakan sukar dibendung hanya kerana segalanya bermula dengan istilah atau masalah terminologi sahaja.

Kenangan indah

Masih basah kenangan indah,
Zaman cemerlang era gemilang,
Ketika Rasul ada di sisi,
Para sahabat mentadbir bumi,
* Zaman nubuwwah, era khulafa',
Islam laksana api yang menyala,
Menerangi teman dan juga sahabat,
Bahang panas yang membakar lawan,
Di celah itulah,
Kita mengatur langkah,
Membina semula ukhwah,
Di sini bara tak pernah padam,
Digenggam kukuh sebuah azam,
Ayuhlah para mujahid,
Ayuhlah para mujahidah,
Kita tinggalkan zaman fitnah,
Agar tertegak kalimah Allah,
Agar terbangun dunia baru Islam....

saat halwa telinga menangkap dendangan lagu ini, sejujurnya hati ini benar-benar tersentuh. Tidak semena-mena minda ku terlayar pada kasih kekanda yang kini sudah bersemadi di pusara biar lapan tahun berlalu. Kerana kasih sayangnya milik Allah, setiap lirik lagu ini terpahat di ingatan. Didikan yang kekanda curahkan saat ku masih mengenal dunia kini terasa segar, sesegar lagu ini berkumandang. Masih basah kenangan indah, membawa diri ku membatasi waktu. Waktu-waktu yang hilang saat membelai kasih bersama kekanda. Namun aturan Allah segalanya telah berlaku.

Sekilas melirik pada lirik lagu ini, betapa zaman fitnah kian runcing melebari setiap kehidupan. Sehingga tanpa sedar, fitnah ini menjadi duri dalam daging yang sukar dibuang.

Fitnah Agama, perbezaan aliran kefahaman, politik, wanita, dan diri sendiri. Adakalanya kita sendiri menjadi punca fitnah, mencari fitnah, mendengar fitnah dan menyumbang kepada fitnah. Kalau bukan kerana iman yang senipis bawang, anugerah Allah paling bernilai, kalau bukan kerana aqidah yang Allah jaga, di mana agaknya kita.

Kesimpulannya, jadikan hiburan antara alternatif mendidik jiwa, dan lagu ini antara yang terbaik untuk kita hayati dan renungi lirik-liriknya.


pertemuan dua kekasih

"Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke masjidil aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat."
(al-Isra':1)


Barangkali masih tidak terlalu lewat untuk menghayati malam penuh bersejarah isra' mikraj. Meski bulan rejab sudah lama meninggalkan kita dan kini diganti dengan sya'ban, namun ada sesuatu yang ingin dikongsikan penulis kepada semua pengunjung teratak wadah penjana minda. Kebiasaannya umum mengetahui malam isra' mikraj pada 27 Rejab dan sehingga kini sebahagian besar masyarakat membuat sambutan atau meraikan peristiwa tersebut.

(klik di sini)

sabar dan solat


Salam perjuangan kepada semua pengunjung blog wadah penjana minda ini. Moga-moga kasih dan mahabbah Allah sentiasa memayungi kita Insya'Allah.. sedikit perkongsian tentang cabaran dan dugaan hidup. Barangkali, semua maklum dan arif jika diajak berbicara berkenaan tentang perkara atau maudu' ini. Namun, suka penulis bawakan mafhum dari surah al-Baqarah ayat 153..


" wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar"



Dua perkara penting yang perlu diseiringkan dalam hidup kita adalah sabar dan solat. Kebijaksanaan Allah dalam mengatur kalam-Nya sangat bertepatan dan menanggapi aspek kehidupan manusia. Sememangnya, sabar sahaja tidak cukup, sekiranya tidak dipanjatkan dengan solat (tawakal atau doa). Bahkan peringkat kesabaran ketika diuji dengan ibtila' dari Allah hakikatnya bersesuaian dengan kemampuan kita sendiri, sehinggakan keharusan untuk kita bersabar ketika dalam kesenangan waima ketika kesusahan sangat dituntut. kata Umar Abdul Aziz,


"Anugerah yang diberi Allah ke atas hamba-hamba-Nya berupa nikmat, kemudian dicabut nikmat itu dan diganti dengan sabar. Apa yang digantikan adalah lebih baik dari yang dianugerahkan"


Maka, menjadi sunatullah hidup kita akan diuji dengan pelbagai ujian, cabaran, mehnah dan tribulasi. Bagaimanapun, dalam bijaknya kita mengungkap istilah sabar, adakah mudah kita mempraktikkan sabar terutamanya dalam kesenangan. Bahkan jika kita mampu sekalipun bersabar, adakah sabar kita berada di peringkat yang terbaik, sabar yang disusuli dengan tawakal, sabar yang berada pada keadaan kita mendapat nikmat??


Oleh itu, solatlah kuncinya kita mengharapkan sabar yang kita amalkan adalah sabar yang terbaik. Pada ayat 154 surah yang sama, Allah berfirman yang membawa maksud

"dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah telaj mati.. Sebenarnya mereka hidup dan kamu tidak menyedarinya"

Jelaslah, mereka yang berjuang di jalan Allah tetap hidup di sisinya. Inilah jawapan bagi peringkat sabar terbaik yang kita harapkan. Ayat 154 membuktikan bahawa Allah memberi jaminan dan pengharapan pada kita agar sentiasa tetap, konsisten dan istiqamah dalam perjuangan. Banyak tafsiran yang dibuat berkenaan tentang mereka yang mati syahid sentiasa hidup di sisi Allah. ANtaranya menyatakan, istilah 'hidup di sisi Allah' adalah nama-nama mereka sentiasa disebut biar jasad telah dimamah bumi. Ada juga yang memberi tafsiran, cita-cita mereka sentiasa diteruskan oleh orang lain


Apapun istilahnya, kita wajib mengikut arahan Allah iaitu bersabar pada masa yang sama banyakkan berdoa agar dua elemen ini menjadi intipati terbaik dalam hidup kita. Sememnagnya mengarungi sayriatullah adalah mudah tetapi melepasi sunatullah sangat susah. Wallahu a'lam

warkah dari Baha Zain


Assalamualaikum

Yang Berbahagia Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Baha Zain
Baha Zain

Baha Zain

ISU BAHASA PENGANTAR DALAM SAINS Dan MATEMATIK

Diucapkan setinggi terima kasih atas kesudian Dato’ mempelawa sesiapa yang berhasrat menyampaikan pandangan tentang soal “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)”, untuk dihantar melalui -(alimuddin.dom@moe.gov.my ), seperti yang tersiar dalam akhbar SUNDAY STAR , 20 Julai 2008.

Ini adalah suatu tindakan demokratik yang sangat baik supaya pihak kerajaan dapat mengetahui pelbagai pendapat untuk nanti membuat keputusan matang dan bijaksana kerana isu ini bukan hanya menyangkut masalah bahasa dan pendidikan sahaja , tetapi agenda negara yang lebih besar, iaitu pembangunan akal budi, tamadun, jati diri dan perpaduan bangsa yang berasaskan tradisi setempat dan sejarah perjuangan kemerdekaan. Selain daripada itu keputusan yang akan dibuat, mahu tidak mahu, akan ada implikasi politiknya.

Keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia pada 2002, dan dilaksanakan melalui Menteri Pelajaran, dan Ketua Pengarah Pelajaran (almarhum) pada 2003 sangat bersifat authoritarian, dan tidak menghormati perjuangan kemerdekaan bangsa kerana pendaulatan Bahasa Melayu adalah salah satu landasan perjuangan kemerdekaan. Itulah juga sebabnya Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancangan dan pembangunan bahasa, ditubuhkan (1956) setahun lebih awal sebelum kemerdekaan diisytiharkan (1957).

Apa pun alasan dan agenda yang terselindung di sebalik tindakan yang tidak boleh dianggap beretika itu ( kerana rakyat tidak dirunding dahulu dalam soal yang besar ini) ia adalah suatu diskriminasi terhadap orang Melayu sendiri yang telah bermati-matian pada zaman penjajahan memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Selain itu sejak tahun 1970-an lagi bahasa ini sudah menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan dengan jayanya sehingga jutaan ilmuwan, profesional dan cendekiawan dikeluarkan dan menjadi modal insan yang membangunkan pendidikan, pentadbiran , kebudayaan dan ekonomi negara.

Sehingga ini alasan-alasan dan hujah yang dikeluarkan sangatlah kabur dan mengelirukan rakyat. Pada mulanya PPSMI ini dikatakan bertujuan untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris. Ini adalah alasan yang cetek dan telah dikritik kerana ia bukanlah pendekatan yang berkesan dan masuk akal untuk mencapai tujuan tersebut. Kemudian diterangkan bahawa ia bertujuan untuk menerangkan konsep sains dan matematik. Alasan ini lebih lemah kerana untuk tujuan itu mengajar melalui Bahasa Melayu atau bahasa ibunda adalah lebih mesra pelajar, lebih berkesan dan lebih difahami. Setelah demikian ramai individu serta organisasi menyatakan bantahan dengan hujah yang objektif, dan juga beberapa penyelidikan ilmiah dikemukakan untuk membuktikan kesan negatif PPSMI terhadap pelajar , Alhamdulillah, pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa ketetapan akan diputuskan selepas keputusan UPSR 2008. Pengumuman tersebut namun menimbulkan anggapan bahawa keputusan UPSR akan menjadi asas pertimbangan untuk sama ada meneruskan atau menamatkan amalan yang diperkenalkan sejak 2003. Terakhir YB Menteri pelajaran menafikannya kerana yang dimaksudkan ialah hanya selepas ujian itu baru diumumkan keputusan kerana kerajaan memerlukan waktu untuk menyelesaikan sesi rundingan meja bulat tentang isu ini.

Kalau disoroti kembali sekalian keterangan dan kenyataan yang kabur, dan mengelirukan itu jelas bahawa banyak sekali andaian atau premis fikiran yang berubah-ubah sehingga telah berlaku krisis epistemologi dalam usaha menghuraikan kebijaksanaan pendidikan dan kebahasaan yang sangat penting ini.

Saya menerima baik penjelasan Menteri Pelajaran di atas (lihat SUNDAY STAR, 20 July , 2008) bahawa UPSR bukanlah asas untuk memutuskan sama ada PPSMI diteruskan atau tidak kerana ia tidak relevan sama sekali dengan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan akta-akta tertentu.

Isu pokok dan paling dasar ialah amalan yang diperkenalkan mulai 2003 dalam Tahun Satu dan Tingkatan Satu itu sedang menghapuskan status dan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada masa depan. Apabila sampai ke sekolah menengah lebih 70 peratus mata pelajaran yang berasaskan sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Akibat sangat buruk seterusnya daripada amalan itu ialah akan terbantut perkembangan persuratan, wacana ilmiah dan intelektual, kesenian dan kebudayaan Melayu Islam yang menjadi teras keperibadian dan pola-pola kehidupan umat Melayu Islam di negara ini.

Bahasa Melayu sebagai wadah emosi dan akal, nilai-nilai dan pandangan dunia terhadap kehidupan dan agama tidak boleh dipisahkan, malahan aspek yang sangat penting bagi kebudayaan Melayu. Jadi keputusan menyingkirkan kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara sekarang ini adalah satu serangan terhadap kebudayaan Melayu yang sepatutnya menjadi asas kepada kebudayaan kebangsaan. Selain itu ia boleh ditafsirkan sebagai tindakan diskriminasi songsang (reverse discrimination) yang dilakukan oleh pemimpin politik dan pemimpin pendidikan Melayu terhadap bangsanya sendiri.

Perlu juga ditegaskan bahawa pendapat dan pendirian yang dikemukakan di sini tidak sama sekali menentang usaha kementerian untuk meningkatkan kemahiran ( membaca, bertutur, menulis dan menterjemah) melalui bahasa Inggeris atau melalui mana-mana bahasa lain pun. Persoalan ini tidak timbul kerana kebolehan berkomunikasi dalam bahasa-bahasa antarabangsa adalah satu aset penting bagi membina modal insan yang moden. Hanya ia tidak layak mengambil alih tempat bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara sebagaimana juga yang diamalkan di negara-negara maju lain.

Jadi sangatlah penting dipisahkan masalah penguasaan bahasa Inggeris daripada isu status Bahasa Melayu yang terjejas pada hari ini. Maka dengan hormat serta harapan yang tinggi kami memohon masalah yang rumit dan boleh berpanjangan ini akan diselesaikan segera dengan mengembalikan Bahasa Melayu kepada tempatnya yang sah sebagai bahasa pengantar matematik dan sains.

Hanya sekian, dan salam hormat daripada saya

Baha Zain

Timbalan Presiden .

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

artikel dan gamabr ini diambil dari studiomuslim.com

bahasa kebangsaan

Dalam menelusuri arus globalisasi, Malaysia kini gah mengaplikasikan sains dan teknologi dalam sistem kehidupan masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, tunjang bagi sesebuah negara samada negara maju atau sedang membangun sudah tentu adalah penggunaan bahasa kebangsaan sebagai identiti dan lambang sesebuah masyarakat. Sejauh mana pencapaian dan kejayaan yang dikecapi Malaysia mutakhir ini, Bahasa Kebangsaan masih lagi menjadi mercu tanda kegemilangan Malaysia. Dalam hal ini, dasar Bahasa Kebangsaan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi sebagai salah satu asas kenegaraan.

Menyorot kembali sejarah pada tarikh 1 september 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara. Baginda turut bertitah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi yang tunggal merupakan satu permulaan bagi zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Oleh sebab itu, pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan kerana kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah terkandung dalam Perlembagaan 152. Dengan ini jelaslah bahawa penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah diimplementasikan sejak 1967 sehingga kini.

Namun begitu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak hanya bermanfaat kepada bangsa Melayu sahaja. Penggunaan bahasa ini dilihat sangat berkait erat dengan pembentukan jati diri dan citra negara juga sebagai lambang kewujudan dan kedaulatan negara. Bahasa yang digunakan oleh semua kaum di Malaysia terutama dalam hal-hal yang melibatkan acara rasmi secara tidak langsung mengikat perpaduan antara semua bangsa yang majmuk di Malaysia. Bahkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sangat penting dalam menggerakkan jentera pentadbiran Negara memandangkan Bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi bagi segala urusan rasmi Negara.

Selain itu, kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan turut diadaptasikan dalam sistem pendidikan Negara kita. Keseragaman dalam pembelajaran dan silibus yang ditetapkan diikat dengan penggunaan bahasa kebangsaan agar penyampaian menjadi lebih mudah dan bersifat menyeluruh terhadap semua kaum. Tambahan pula, Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah atau di institusi-institusi pengajian.

Melihat kepada peranan yang dimainkan oleh Bahasa Kebangsaan, adalah menjadi tanggungjawab warga Malaysia mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan meskipun Malaysia semakin menghampiri gerbang kemajuan wawasan 2020. Untuk itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak terhakis dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang giat dijalankan adalah dengan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti seperti minggu dan bulan bahasa, perjuangan politik bahasa, kempen bahasa dan melengkapkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Kesedaran semua pihak juga sangat diperlukan agar usaha memastikan Bahasa Melayu kekal sebagai Bahasa Kebangsaan tidak hanya seperti ‘melepaskan batuk di tangga’.

Sememangnya menjadi lumrah usaha-usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan politik bahasa, sikap pengguna dan penerimaan rakyat itu sendiri. Walaupun begitu, usaha secara konsisten oleh semua pihak dan ketegasan jentera kerajaan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjamin kedaulatan Negara dan secara tidak langsung memberi nilai harga yang tinggi pada Bahasa Melayu itu sendiri. kondisi dan peranan yang dimainkan pihak berwajib sangat penting untuk memastikan Bahasa Melayu tidak akan ‘melukut di tepi gantang’.

UIAM berubah???
























Setelah sekian lama laman sesawangku terbiar tanpa sebarang perkongsian, idea kini datang menerpa. Mungkin ianya bukanlah isu yang penting, tetapi sekadar cetusan rasa yang perlu dikongsi bersama. Sebenarnya, saya tidak menggemari penulisan yang dibuat secara tergesa-gesa, tetapi melihat pada laman wadah penjana minda yang semakin sepi, biarlah isu ini dibangkit semula. Umum tentu tahu tentang penukaran jubah konvokesyen yang berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Respon kali pertama diterima dalam kalangan sahabat-sahabat, ada di antara mereka yang suka akan perubahan tersebut. kata mereka impian ingin melambung topi graduasi atau mortar board akan termakbul. Ada juga yang berpendapat, perubahan itu bagus kerana bagi mereka jubah graduasasi UIAM selama ini kelihatan seperti Majlis penganugerahan Diploma atau pensijilan di Politeknik sahaja. Bagaimanapun, sebahagian besar warga UIAM terutamanya para pelajar tidak bersetuju dengan perubahan drastikyang berlaku rentetan dari perlantikan Presiden UIAM yang baru selepas Sanusi Junid.

Secara peribadinya, saya juga tidak merasa setuju akan hal ini. Pemakaian songkok dan tudung yang dililit jaluran emas dipadankan jubah berwarna hijau taburan lambang UIA yang seakan bunga-bunga secara signifikannya mempunya maksud dan identiti tersendiri. Mungkin ada sedikit persamaan dengan Politeknik dan juga peringkat diploma, namun pemakain sebegitu sebenarnya terlalu sinonim dengan UIAM. Bahkan ada ynag memilih UIAM antaranya kerana pemakaian jubah konvokesyen yang unik. Kenapa unik? kerana pemakaian tudung atau songkok tidak terhad kepada penuntut beragama Islam sahaja. Keseragaman ini melihatkan bahawa penuntu yang berjaya menamatkan pengajian sehingga bergelar graduan benar-benar memilih dasar yang digunapakai UIAM tanpa merasakan diskriminasi terhadap agama-agama lain. Meskipun pernah berlaku satu ketika dahulu, beberapa penuntut UIAM yang bukan beragama Islam memohon agar diberi kebebasan tidak memakai tudung. Tetapi atas dasar prinsip UIA, selagi mereka bergelar penuntut UIAM, mereka harus mematuhi syarat dan dasar yang ditetapkan. Sekiranya tidak, mengapa memilih UIAM?

Apa pula kesudahannya sekiranya pemakaian jubah baru dan topi telah ditetapkan di UIAM, bagaimana pula dengan pelajar wanita bukan beragama Islam? Adakah mereka diberi kebebasan tidak memakai tudung pula? dan apa yang membezakan UIAM dengan Universiti lain dalam hari penuh bersejarah itu nanti? Saya berharap, perubahan ini mendapat perhatian dan pertimbangan semua pihak terutamanya yang memperjuangkan Taman Ilmu dan Budi ini.

salju sakinah



Untuk ulasan buku yang seterusnya, buah tangan dari zaid akhtar menjadi pilihan. Salju sakinah sebuah novel yang mengangkat wanita sebagai watak utama, bernama Sumayyah. Awal penceritaannya, latar tempat di bumi kinanah Jordan menjadi saksi perjalanan hidup si gadis mahasiswi jurusan Bahasa Arab. Penuntut di Universiti Yarmouk, Irbid Jordan secara klisenya turut menceritakan tentang kegiatan, pergerakan dan kehidupan sebagai pelajar Universiti. Aktif dalam persatuan, dan berkemahiran dalam pengucapan awam, menjadikan Sumayyah seorang pelajar muslimah yang berketrampilan. Tidak seperti kebanyakan novel tipikal lain, Zaid Akhtar tidak menjadikan keseluruhan latar tempat di Jordan atau di Timur Tengah. Pembaca dapat melihat perjuangan bagi gadis bernama Sumayyah ini saat dia menamatkan pengajiannya dan bermula di tanah air sendiri. Terdapat aspek motivasinya di sini, apabila perjuangan Sumayyah bermula saat keberadaannya dia di kampung halaman. Ditimpa ujian yang maha berat, ketibaannya disambut dengan berita kematian ayahnya, cabaran dia terus bermula apabila menghadapi situasi fitnah masyarakat kampung, kecelaruan aqidah oleh ahli keluarga sendiri (bertepatan dengan fenomena ajaran sesat kini) dan akhirnya diuji dengan natijah imtihan yang ambiguiti statusnya. Atau kabur (sebenarnya gagal) yang memaksa dia kembali menyambung pengajian. Ujian yang sangat dahsyat ini memperlihatkan ketabahan Sumayyah menghadapi liku-liku hidup sebagai graduan timur tengah yang diuji dengan mehnah dan tribulasi.
Sebuah novel yang sangat santai dan bernuansa islami ini tutur menekankan tentang keperluan graduan berbakti pada masyarakat. Sebagai contoh, kesanggupan Sumayyah menyampaikan ceramah agama di kampungnya, pada masa yang sama mengurus perniagaan keluarganya memperlihatkan dirinya seorang yang oportunis, tidak suka bergantung dan menunggu sahaja tawaran pekerjaan datang bergolek. Meski pada mulanya dia menolak untuk memegang tanggungjawab, memandangkan Sumayyah yang mengambil jurusan Bahasa Arab tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan, tetapi penegasan dari kakaknya yang menekankan agamawan juga perlu menjadi usahawan memaksa dia menerima taklif sebagai pengurus perniagaan. Antara plot menarik adalah sewaktu hubungan ahli keluarganya menjadi rapuh. Diperlihatkan tentang perasaan dan sensitiviti seorang ibu, juga perasaan seorang anak yang membawa Sumayyah menghadapi hakikat tanggungjawabnya bukan sekadar pengurusan perniagaan, tetapi dia lebih bertanggungjawab menjernihkan hubungan ahli keluarganya lebih-lebih lagi dia penuntut aliran agama. Dirinya adalah rujukan dan kekuatan dalam keluarga.
Novel Salju Sakinah ini sangat bagus dibaca kerana suasananya sangat dekat dengan diri kita. Walaupun begitu, karya ini bukanlah yang paling terbaik dari Zaid Akhtar bagi pandangan menulis (kerana penulis masih tertarik dengan Rona Bosphorus), tetapi Zaid Akhtar menyentuh banyak aspek dan nilai kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan dan pengorbanan menjadikan novel ini antara yang terlaris di pasaran.

adab bercakap


Semua percakapan mestilah membawa kebaikan, (QS 4/114, dan QS 23/3).
Dalam hadis nabi menyebutkan: “barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari kahirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

Bercakap mestilah jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah r.a:
“bahawasanya perkataan Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh smeua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalik, berdasarkan hadis nabi:
“sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang paling banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi saw: “orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi)

Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
“Adalah ibnu Mas’ud r.a sentiasa mengajari kami setiap khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai abu AbdurRahman (gelaran ibnu Mas’ud), Adakah engkau mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab ibnu Mas’ud: Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernah meminta yang demikian pada Nabi saw dan baginda menjawab khuatir membosankan kami. (HR Muttafaq ‘alaih)

Mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan. Dari Anas r.a bahaw aadalah Nabi saw jika bercakap maka baginda akan mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda saw pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

Menghindari mengucapkan yang batil, berdasarkan hadis Nabi saw:
“sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan satu kata yang diredai Allah swt yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatatkan Allah keredaan-Nya bagi orang tersebut sehingga hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah yang tidak dikiranya demikian, maka Allah akan mencatatnya yang demikian itu sehingga hari kiamat.” (HR TIrmidzi, juga diriwayatkan ibnu Majah)

Menghindari banyak berkelakar, berdasarkan hadis Nabi saw:
“sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah swt di hari kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

Menhindari menceritakan aib orang dan memanggil dengan gelaran yang buruk, berdasarkan QS 49/11, juga dalam hadis nabi:
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Menghindari dusta berdasarkan hadis Nabi saw:
“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianati.” (HR Bukhari)

Menghindari ghibah dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi saw:
“janganlah kalian saling berdengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling me-Ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)

kesibukan mula merantai

kesibukan mula merantai...

bermulanya semseter baru, kerancakkan ku untuk melayarkan lagi posting baru seakan tersangkut. sebaik sahaja bermula taaruf kuliyyah yang dikhususkan untuk pelajar jurusan senibina, projek pertama mula diterima..sepanjang tempoh seminggu pertama, hanya ini sahajalh cetusan rasa dikongsi bersama. intuition of heart atau cetusan hati tema bagi projek secara berkumpulan..namun begitu, tanggungjawab menghadiri sebahagian mesyuarat perlu disempurnakan, meski sebanyak-banyak mesyuarat yang datang bergolek...hanya sedikit sahaja mampu dilaksanakan. apapun, mohon kekuatan dari semua agar, kesibukan dan kewajipan tidak menyekat tanggungjawab sebagai daie bagi sem ini..insya'ALlah..jumpa lagi

cerita rekaan manusia



Rentetan dari kebanjiran rancangan-rancangan dari Negara seberang, juga lambakan penghibur bukan tempatan di Negara kita, Malaysia kini tidak ubah seperti Negara asing pada pandangan sebahagian masyarakat kita. Keberadaan warga Malaysia juga seolah-olah diragui apabila hampir semua sektor pekerjaan dipenuhi warga asing terutamanya Indonesia. Bahkan, konduktor, juruwang sehinggalah pekedai runcit dimonopoli oleh warga bukan Malaysia. Bagaimanapun, bukan itu isunya yang akan dibangkitkan di sini. Hal ini kerana kebanjiran warga asing ke Malaysia juga dilihat mempunyai pro dan kontra.

(klik di sini)

ADVENCER SI PENIUP NEY...


Tidak ingin bersikap seperti menanam tebu di bibir, kali ini ulasan buku yang menjadi pilihan penulis mengisi ruang maya ini. Seperti sebelum ini, janji untuk mewujudkan ruangan ini, akhirnya dengan izin Allah, buah tangan FT menjadi pilihan. Buku ini tidak pernah bosan dibaca berkali-kali kerana isinya sangat bagus sebagai persediaan menghadapi mehnah dan tribulasi. Menyingkap tirai kehidupan yang berlaku pada masa kini, Faisal Tehrani sangat berani menjadi kritikus yang berpegang pada paksi kebenaran. Karyanya yang tidak asing lagi dalam kalangan penggemar novel tempatan, advencer si peniup ney benar-benar memberi teguran kepada pemuja-pemuja hedonisme secara sinis.

Novel ini yang mengangkat Sulaiman sebagai watak utama juga seorang peniup ney muda dalam usia 18 tahun telah mengalami satu advancer bersama 40 ekor jin. Usaha dakwah yang dilakukan bagi memerangi gejala hedonisme serasa sangat akrab dengan situasi yang berlaku di Malaysia sendiri. Novel ini tampil membawa perubahan dan kesedaran betapa ambisi masyarakat yang kini mencintai hiburan melalaikan, hiburan tanpa tujuan melebihi dari matlamat yang lain..

Bahasa dan susunan ayat yang digunakan benar-benar sampai meski sesetengah golongan merasa berat dengan pengolahan bahasa oleh Faisal Tehrani. Negeri Fantasia yang dihuni jin-jin merah, masyarakat jin yang gemarkan muzik-muzik melalaikan, semuanya ada perkaitannya dengan industri hiburan Negara kita. Bagi yang mempunyai hati, membaca karya ini membuatkan kita sedar bahawa sangat dahsyat pengaruh hedonisme. Tamsilan dibuat melalui perwatakan jin-jin hakikatnya adalah gambaran masyarakat kita.

Ada dua perspektif yang kita boleh lihat melalui novel advencer si peniup ney ini. Pertama pandangan kita sebagai masyarakat yang melihat kebobrokan masalah sosial menerusi wahana hiburan. Kedua, persepektif kita sebagai daie dan pendakwah. Contoh ini dapat dilihat bagaimana sulaiman dan jin-jin dalam novel ini menggunakan ‘bahasa’ masyarakat tersebut sebagai pendekatan. Ada beberapa hujah dan dalil-dalil yang jelas dalam fatwa dan hukum muzik itu sendiri juga dimuatkan dalam novel ini. Nuansa-nuansa islami sangat jelas melalui contoh-contoh mudah yang banyak perkaitannya dengan realiti masyarakat kita. pemilihan watak sulaiman dalam novel ini seakan membawa pengaruh dan kekuatan nabi sulaiman a.s dalam menundukkan jin-jin dan kerajaan.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang belum memiliki novel Advencer Si Peniup Ney, silalah mendapatkannya. Sesiapa yang pernah memiliki atau membaca, layarkan perkongsian anda bersama teman-teman agar bacaan muda-mudi dan generasi kini bukan setakat majalah ringan, santai atau pun novel bernuansa cinta sahaja, tetapi novel yang sangat jelas mesejnya, juga sesuai sebagai sumber rujukan lebih-lebih lagi bagi yang masih keliru status hiburan dalam Islam.

lagu lama masih berkumandang..


Dalam selirat minda mencatur tajuk, ilham dari Ilahi turun agar membawa satu wacana budaya untuk dikongsi bersama pengunjung teratak wadah penjana minda ini. Kita masih lagi menyanyikan lagu lama, bukanlah secara stereotaipnya membawa anda semua ke era muzik 50an atau 60an. Juga bukan satu topik berkenaan hedonisme yang giat menjarah permikiran generasi muda kini. Namun maudu' ini tercetus berkenaan tentang persepsi kita, mentaliti kita berhubung perkara-perkara yang berlaku senario kini. Atas dasar blog ini sebagai wadah penjana minda, marilah kita cetuskan kembali minda ini dengan soalan adakah kita 'masih menyanyi lagu lama?'


(klik di sini)

manusia hilang kemanusiaan


Bicara berkenaan manusiawi, kebiasaannya ada beberapa perkara yang menerpa di kotak fikiran. Antara nilai-nilai kemanusiaan, perasaan, akal dan nafsu adalah antara tamsilan bagi susuk tubuh bernama manusia. Dalam hidup di bawah percaturan-Nya, meladeni sunatullah, manusia kini semakin gagal memperlihatkan kemanusiaan. Nilai manusiawi yang semakin gersang seolah-olah menjadi tuntas kepada perbezaan antara manusia dan haiwan yang semakin akrab. Apakah benar manusia dasawarsa ini berbeda dengan haiwan? Cukupkah anugerah akal dari Allah sehinggakan manusia dilihat lebih sesat dari haiwan?

(klik di sini)

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template