16 Ogos 2007
2.30 pagi
Pusat Asasi UIA
koff, koff koff... hening pagi itu dikejutkan dengan gempita batukku. sakitnya bagaikan tekak ini ditoreh pisau tajam. Sesekali tangan menyeka air mata menahan kesakitan. Ya Allah, betapa besar ujian yang kau pikulkan ke atasku. sesekali aku berhenti seketika. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi. aku memicit-micit kepala.
"boleh tahan tak, Halim?" Irman menyoal. Bunyi prihatin di nada suaranya.
"Tak pe, teruskan kerja kau" aku menjawab pertanyaan yang terdiam seketika. Apalah sangat yang mampu dilakukan rafikku itu. sedangkan dia juga harus menyiapkan tugasan yang diberi. Kadangkala, terbit rasa cemburu di hati. Melihat gerak tangannya memainkan warna dan berus. Sangat teliti dan tiada cacat cela. Aku
"sabarlah, Halim. Kau
Koff,koff,koff... air mata membening di kelopak. Tanganku terketar-ketar menggerakkan berus. 'apalah sangat kesakitan dan penderitaan aku jika ingin dibandingkan dengan penderitaan Nabi'. Monolog aku berunsurkan motivasi, motivasi untuk diri sendiri. Aku meletakkan sedikit warna hitam di atas lukisanku. Tugasan kali ini benar-benar menuntut kesabarn. Warna hitam dan putih serta kombinasi antara keduanya menghiasi lukisanku yang tidak seberapa. Dengan tema al-ilm' atau 'knowledge' warna-warna yang ku tancapkan di atas lukisan seharus kelihatan bezanya. Sambil tanganku sudahkan corak-corak terakhir, kotak mindaku berputar melayarkan bahtera keinsafan. Memang adakalanya orang melihat aku ketawa. dan adakalanya aku gembira. Juga kadangkala aku berduka. Tetapi manusia tidak tahu bahawa dunia ini bukanlah satu warna. Samada hitam ataupun putih, Justeru ketika aku ketawa, hati aku menahan derita kesakitan. Apabila aku mendiamkan diri, orang menganggap aku berduka. Tetapi aku memikirkan diri aku di hadapan Pencipta. Benarlah, sahabat. Duniaku yang kau rasakan satu warna, bukanlah satu warna. Moga Allah mengampunkan dosa ku atas kedangkalan dan kelemahan diri memikul bebanan-Nya.
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
-
Hasrizal “Macam mana kamu hulur pisau tu?” Opah menegur saya. Seorang anak
kecil di usia sekolah rendah. Mungkin ketika itu saya berusia tujuh atau
lapan t...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment