Tinggal beberapa hari sahaja lagi tabir 2008 akan berlabuh. Sepanjang tahun ini, ada beberapa perkara besar yang berlaku di negara kita. Kejadian penemuan gadis kecil bernama Nurul Jazlin Jazimin dalam keadaan yang cukup menyayatkan, disoroti pula dengan kehilangan adik sharlinie yang sehingga kini masih belum ditemui. Kisah keranda 152, kegagalan pihak tertentu mempertahankan perlembagaan negara sehingga perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sentiasa diteruskan, banjir-banjir besar, serangan wabak chikungunya dan yang terbaru tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa serta banyak lagi peristiwa dan pencapaian yang terukir, adakah ianya cukup memberi kesan pada hati kita. Selain akhir-akhir ini, peranan media dalam mendidik masyarakat mencintai hiburan semakin berjaya sehinggakan kisah di sebalik kain artis juga menjadi bahan utama, adakah kita juga turut menyumbang kepada pemujaan hedonisme?
ahlan wasahlan..wamarhaban bikum
wadah penjana minda
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...
layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan
Perjanjian kita sebagai hamba dan khalifah sudah termaktub ketika di louh mahfuz dan pernah terpateri ketika kita di alam rahim. Sebaik sahaja kita melihat dunia, peranan itu sudah mula terabai. Sedikit demi sedikit ianya terhakis. Bahkan sehingga satu peringkat kita melupakan perjanjian tersebut. Berdasarkan mafhum surah ini, apakah cukup berani untuk kita menafikan peranan tersebut?
Dan sememangnya dalam tempoh kehidupan kita betapa banyak dosa yang kita lakukan sama ada dosa kecil mahupun dosa besar. Penyelesaiannya mohonlah keampunan dari Tuhan. Mudahkan? Tetapi, bagaimana pula apabila kita melakukan dosa, kemudian kita bertaubat, dan kemudian kita kembali melakukan dosa. Tidak hairanlah ada yang beranggapan tidak mahu bertaubat kerana merasakan belum bersedia atau takut akan kembali kepada dosa. Sayangnya definisi taubat bagi kita semudah memohon keampunan dari Allah. Bibir mampu mengungkap doa, sayangnya hati tidak terikut sama. Itulah kelemahan kita sebagai manusia.
Membicarakan tentang harapan apabila usia semakin meningkat, bentuk dan figur-figur harapan itu kebiasaannya menjadi lebih besar. Sifatnya juga makin mencapah. Dari ruang lingkup harapan ibu bapa dan guru, kini bentuknya lebih menjurus kepada cita-cita, keluarga dan masa depan. Walaubagaimanapun, jangan sesekali kita lupa pengharapan itu perlu bersandar pada Allah dahulu. Memetik kata-kata ulama’ mursyid:
“jika kita berharap sesuatu selain dari Allah, jika kita dapat, kita berbangga. Jika tidak, kita akan kecewa. Tetapi jika kita berharap segalanya pada Allah, jika kita dapat kita gembira. Jika tidak, kita tetap akan berasa tenang, lapang dan bahagia.”
(klik di sini)

Sudah beberapa hari aidil adha dilewati. Antara hari kebesaran Islam yang mempunyai signifikan tersirat di sebalik lipatan sejarah Nabi Allah Ibrahim. Sebagai hamba, sememangnya tugas kita untuk sentiasa bersyukur dan bersabar. Tangisan mangsa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa seakan diiringi dengan turunnya hujan dari perut langit yang tidak henti-henti. Biar apapun keadaan kita, setiap kejadian hanyalah sedikit dari ujian dan kasih sayang Allah. Tidak perlu mencari salah siapa, melepaskan emosi dan perasaan di sebalik celahan runtuhan tersebut sekiranya sehingga kini kita gagal mengaitkan perasaan keTuhanan itu. Walaubagaimanapun, penulisan kali ini tidak mahu berterusan mengundang kesedihan. Hanya sekadar perkongsian buat pengubat duka barangkali.
(klik di sini)
diucapkan kepada pengunjung teratak
wadah penjana minda. Kad raya ini ditaja oleh
saudara Abdullah bin Abdul Razak A.K.A Tawakkil boy.Syukran ya akhi..
kepada semua pengunjung..
renungilah kata-kata ini bersama:
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Korbankan kehidupan untuk Islam
sesungguhnya, itulah sebesar-besar pengorbanan
di sisi Allah..
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia” (Al-Ahzab (33):72).bukit Tabur, megahnya menjadi khazanah berharga. Ada apa dengan Bukit Tabur? bersama menyingkap kisahnya. Sebuah perisitwa, pengalaman, ilmu dan ceritera di sebalik megahnya sang bukit. Bersama menyelami kisah di sebalik Bukit Tabur, sehinggakan tidak sah menjadi pelajar UIA jika tidak meneroka keunikan Bukit Tabur.
(klik di sini)
(Klik di sini)
"nikmat Tuhanmu yang manakah, yang kau dustakan?"
(klik di sini)







