ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

kaisara punya kisah



Atas sebab masa yang membataskan, wacana minda kali ini hanya dapat membawa satu topik untuk difikirkan bersama secara ringkas. Kisah Kaisara yang bersiaran di kaca televisyen menjentik hati penulis melalui karektor utamanya Kaisara yang dilakonkan Sari Yanti. Drama yang dibawakan kelihatan santai dengan membawa alam persekolahan sebagai latar tempat, bagaimanapun sedikit tercemar dengan watak Kaisara yang bertudung 'asal sahaja'

kadang-kadang penulis tertanya-tanya perwatakan Kaisara dalam rancangan tersebut. Sekiranya ingin membawakan watak gadis bertudung, maka pemakaian tudung biarlah dengan sempurna. Secara peribadinya menulis menyelar tindakan orang di belakang rancangan tersebut yang meletakkan karektor Kaisara sebagai gadis yang seolah-olah tidak tahu bertudung. Tudung labuh yang jarang dengan baju yang ketat, apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan. Andai dikatakan imej tersebut realiti, apakah perlu ditonjolkan dalam rancangan tersebut? Adakah ini tamsilan bahawa semua wanita muslim boleh memakai tudung ikut hati mereka?

Penulis berharap dengan pandangan penulis ini, semua pihak dapat membuka mata. Tidak salah mengikuti jalan ceritanya, tetapi yang menjadi salahnya jika kita tidak sensitif dengan apa yang berlaku. Sekian untuk kali ini. Wallahu a'lam


1 comments:

kak sue said...

i really agree with u

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template