
Masih ku ingat, tatkala sedang memegang novel ‘Nama Beta Sultan Alaudian’, hasil karya penulis tersohor Faisal Tehrani. Ketika sedang menatap novel yang baru dibeli, Ukasyah mampir ke arahku. Duduknya bersebelahan sambil membuka bicara.
“Minat betul dengan penulisan Faisal Tehrani?” “tapi penulisannya agak berat juga” tambahnya lagi. Aku mengangguk cuma, tanda mengiyakan. Aku faham benar dengan tingkah rafikku itu. Dia merupakan peminat setia Ramlee Awang Mursyid. Boleh dikatakan semua koleksi Ramlee Awang Mursyid pernah dibacanya. Sementara melayan bicara Ukasyah, mataku menatap kelibat seorang lagi teman yang baru pulang dari mesyuarat. Novel berjudul ‘Ketika Cinta Bertasbih’ kemas dalam pautan tangannya. Seorang lagi temanku, Asyraf yang menggemari karya-karya Habiburrahman el-Syirazi. Sama halnya dengan Ukasyah, Asyraf juga hampir miliki kesemua karya penulis dari
Namun, sering aku ingatkan pada teman-teman. Tidak pernah aku spesifikkan penulis tertentu dalam koleksi novelku. Memang aku agak selektif dalam memilih novel, tetapi aku tidak menghalang diriku untuk mempelbagai bacaan menerusi karya penulisan novelis-novelis yang berbeza. Antaranya, aku turut meminati hasil tangan Zaid Akhtar iaitu Rona bosphorus. Bahkan Ramlee Awang Mursyid dan Kang Abik juga turut menjadi pilihanku. Begitu juga dengan karya H.M Tuah Iskandar seperti Original, Stefa Isle, Kau Untukku dan sebagainya. Antara yang paling ku kagumi, karya buya Hamka yang melontarkan elemen cinta menerusi syariat seperti ‘di bawah lembayung kaabah’.
Bagiku, dengan tidak menumpu kepada satu-satu novelis, aku dapat memahami
Ini hanyalah sebagai muqaddimah. Cetusan ini lahir sebagai permulaan bagi novel pilihan yang akan diulaskan. Mungkin sebahagian novel pernah dibaca oleh pelawat blog, tetapi kolum ini diwujudkan sebagai satu galakan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan kita. Sekiranya ada cadangan novel-novel lain, dialu-alukan untuk sebarkan informasi dalam shoutbox.
0 comments:
Post a Comment