ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

manusia hilang kemanusiaan


Bicara berkenaan manusiawi, kebiasaannya ada beberapa perkara yang menerpa di kotak fikiran. Antara nilai-nilai kemanusiaan, perasaan, akal dan nafsu adalah antara tamsilan bagi susuk tubuh bernama manusia. Dalam hidup di bawah percaturan-Nya, meladeni sunatullah, manusia kini semakin gagal memperlihatkan kemanusiaan. Nilai manusiawi yang semakin gersang seolah-olah menjadi tuntas kepada perbezaan antara manusia dan haiwan yang semakin akrab. Apakah benar manusia dasawarsa ini berbeda dengan haiwan? Cukupkah anugerah akal dari Allah sehinggakan manusia dilihat lebih sesat dari haiwan?

(klik di sini)

2 comments:

emir.abu.khalil said...

ini bukan kisah yang lapuk. bukan kisah yang lama. tapi kisah yang sentiasa segar. evergreen. sampai bila-bila.

sejak daripada sebelum kedatangan Islam, kita menyaksikan betapa bobroknya, peradaban dan tamadun manusia jahil daripada kerajaan Rom, Parsi, dan lain-lain.

dan penyakit kejahilan ini kembali lagi, kembali membibit di dada anak-anak bangsa dan agama. kerana hakikat Islam telah jauh.

sedih, kata nabi Islam akan kembali asing. ya, Islam sudah kembali asing... mereka-mereka dan kebanyakan kita menjadi asing lagi kerana kejahilan yang tersisa dalam jiwa...

ya Allah, peritnya kejahilan....

amalhijazz said...

betol2..kejahilan umpama virus yang bersarang dalam jasad..tingkah laku manusia dipengaruhi nafsu dan kejahilan yang bersatu

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template