Sedang kita sibuk menghitung hari sebelum tarikh keramat 31 Ogos, barangkali ramai yang tidak tahu, sepuluh hari sebelum tarikh tersebut berlaku peristiwa yang wajib diingati oleh umat Islam. Kemerdekaan negara kita yang seakan suram dek kerana isu Permatang Pauh yang lebih menjadi fokus bagaimanapun tetap tidak menghalang sambutan 31 Ogos diraikan. Namun begitu, kemerdekaan yang ditagih di salah sebuah tempat suci umat Islam tidak seharusnya dibiar melukut di tepi gantang. Palestin atau lebih tepat lagi Masjid al-Aqsa mempunyai sejarah yang wajib diingati sekiranya kita mengaku saudara seaqidah dengan mereka. Mungkin di atas kelemahan kita sendiri fakta ini tidak disebarkan, tetapi selagi kalimah syahadah masih mekar di atma kita, kita punya kuasa dan upaya untuk memperjuangkan nasib mereka biar dalam kalungan doa sekalipun.
Ada apa dengan 21 Ogos? Kenapa perlu kita sibuk? Apa pertalian kita dengan mereka? Soalan-soalan berbaur negatif ini ada jawapannya. Sabdaan nabi yang bermaksud:
"barangsiapa yang tidak mengambil berat nasib sesuatu kaum (Islam), maka mereka bukanlah dari kalangan kaum (Islam) itu,"
(klik di sini)

0 comments:
Post a Comment