ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

di mana jati diri kita???





Untuk ruangan kali ini, sedikit coretan melampiaskan rasa kecewa, geram dan marah. Selepas kemerdekaan negara yang telah mencapai 51 tahun, mentaliti kebanyakan di antara kita menjadi lebih jumud ortodoks dan konservatif. Perasaan marah dan geram ini hanya dapat diterjemahkan di dalam ruangan maya sebagai satu wadah agar kita jana minda kita. Betapa kelompok melayu sekarang makin hilang jati diri. Politikus-politikus dari jentera kerajaan mahupun pembangkang yang dahulunya mempertahankan Melayu dan Islam kini berubah prinsip. Menjaga toleransi dan perpaduan kaum adalah hujah mereka yang membuatkan kedua-dua jentera tersebut seboleh-bolehnya bersikap akomodatif terhadap bangsa bukan melayu. Terbaru, Umno merasa malu dan memohon maaf secara terbuka apabila seorang pemimpin mereka hanya mengatakan"bangsa cina adalah bangsa pendatang. Kenapa perlu beri hak sama rata"

(klik di sini)

5 comments:

halim qittun said...

mungkin penahanan teresa kok dilihat antara responnye pemimpim sensitif dengan isu ini..tetapi, kesedaran dalam kalangan masyarakat melayu perlu dipupuk gak

Unknown said...

kadang pelik...
orang asik pk hal remeh...
mentang2 la kita ni berbilang bangsa.. semua bahasa bangsa nak diperjuang.
apa nak diagung sangat bahasa mereka??
kan kita da sedia maklum, negara punye satu bahasa resmi = bahasa melayu..
asas bahasa melayu = tulisan jawi.. hormatlah ia..

mungkin sebab bahasa resmi tu hanya pada perlembagaan nya. pelaksanaan takde..orang semua bebas mengguna bahasa masing2. bila ada batasan bahasa ni, mula la semua nak perjuang bahasa bangsa.
tambahan, ditambah bahasa baru, inggeris.. celarulah bangsa..

Unknown said...

Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

Anonymous said...

memelayukan bahasa dan membahasakan melayu...
bgus pyataan tu..
cuma sangat kurang kesedaran terutamanya dalam kalangan remaja..
sebab hidup kita untuk manusia, hidup manusia jgn disia2kan
sebab hidup bia bjasa

halim qittun said...

terima kasih atas komentar saudara faizal riduan..
isu bahasa Melayu bukanlah apa yang ingin ditekankan dalam artikel ini, tetapi isu bangsa malaysia yang sepatutnya memperakui bahasa Melayu sabagai bahasa bangsa Malaysia..inilah isunya..inilah isinya..
pencabulan perlembagaan malaysia 152 seakana-akan tidak memberi impak langsung..

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template