Sudah sekian lama sepi tanpa sebarang topik, kali ini dirasakan amat perlu untuk meninggalkan beberapa catatan buat perkongsian ilmu. Juga boleh dianggap sebagai luahan perasaan dan juga emosi apabila semakin ramai pihak berdiri atas paksi logik semata-mata. Jika ditanya tentang isu PPSMI atau Pengajaran Pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sudah tentu saya bersikap nasionalis. Sementelahan pula subjek wajib universiti iaitu Bahasa Melayu Lanjutan banyak memberi pendedahan dan menyingkap tentang sejarah bahasa Melayu itu sendiri. Melihat pada isu ini yang giat diperjuangkan oleh sasterawan negara, sebahagian besar guru-guru, penulis, novelis, cerpenis, badan-badan bukan kerajaan, dan ramai lagi sehingga bertindak menyaman kementerian atas dakwaan mencabul perlembagaan 152, ramai juga bersuara sinis dan mempertikaikan tindakan tersebut sebagai sia-sia.
(klik di sini)
(klik di sini)
8 comments:
salam...halim...bagus blog anda.. menarik sahabat...
"Maka tidak hairan jika melihat senario kini, lebih ramai pelajar perempuan berjaya dan cemerlang berbanding pelajar lelaki".
Isu ni sudah bertapak sejak lama dulu, bukan dalam jangka masa lima tahun ni saja (ini hanyalah pandangan peribadi).
"Tetapi hakikat yang perlu umum ketahui, perlaksanaan PPSMI dalam tempoh 5 tahun ini tidak berjaya membuktikan hasrat mantan Perdana Menteri terhadap sistem pendidikan di negara kita".
Mantan Perdana Menteri? Prof Emeritus Dato' Isahak Harun yang membentangkan kajian mengenai kelemahan pelajar dalam b inggeris, sains dan matemaik. Pembetangan dibuat selepas Tun Dr Mahathir berucap mengenai kelemahan anak melayu dalam tiga subjek tersebut. Kebetulan, pembetangan Prof menyokong hujah Tun. Prof cerita, tidak lama kemudian, Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Musa (kalau tak silap) yang mengisytiharkan pelaksanaan PPSMI dalam suratkhabar.
Bukankah ceritanya macam ni?
Prof sendiri terkejut kerana cadangan dia ialah untuk dimantapkan lagi cara pengajaran sains dan matematik tetapi disalahertikan oleh kebanyakan pihak. Prof Isahak banyak membuat kajian tentang kegagalan PPSMI tetapi kajian dia dipandang sepi.
jazakallah ya akhi..trima kasih atas maklumat..sgt bermanfaat bg ana..
maka, perlunya penulisan ana mdapat byk lg teguran utk kebaikan dan kemaslahatan semua, mudah2an tiada ksilapan yang ana caturkan d masa akn dtg..
Ukhti, bukan akhi…
Pelaksanaan PPSMI atau apa-apa dasar/sistem dilakukan melalui banyak peringkat dan yang terlibat bukan seorang. Kementerian pula tidak pernah mendedahkan secara jelas siapa sebenarnya yang mencadangkan dan meyokong usul tersebut. Hanya disebabkan Tun Mahathir banyak melalukan kesilapan, apa-apa hal yang diputuskan semasa pemerintahannya dikatakan keputusan Tun. Jika betul usul tersbut diputuskan oleh Tun sekalipun, mana tahu Tun dah insaf, keinsafan tidak terlihat pada wajah seseorang dan kita pula tidak dapat melihat apa yang tersirat dalam hatinya. Saya kira, ada baiknya kita mempertikaikan kerelevanan PPSMI tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.
Terima kasih ye jadi follower blog saya.
asifah ya ukhti.. apa yg penting kesedaran kita utk mnyedarkan 'mereka', mereka boleh jd ssiapa shj..golongan marahain, politikus, ulama' pemimpin..
dan stp tindakan kte perlu tahu utk apa mksud dan tujuannya spt kta dr yusuf alqaradawi, keutamaan ilmu atas amal...
jazakillah..
Ustaz Dusuki pernah respon macam ni terhadap soalan berkaitan memberi kesedaran, "memberi kesedaran dan hidayah bukan milik kita tp milik Allah..." dan saya tak faham penerangan dia.
Mungkin atas sebab itu, saya berfikiran macam ni..
ya, benar, memberi kesedaran dan hidayah adalah hak milik mutlak Allah..sbb tu ana kate mnyedarkan..mnyedarkan adalah usaha kita, sama seperti mengejutkan org dari lena.. dia bangun atau tidak atas izin Allah.. dan sama ada kesedaran itu kita atau mereka terima, itu juga adalah kerja Allah. isu ppsmi melibatkan byk aspek, bukan hnya bahasa smata2..tetapi blakunya pnipuan graf, ramainya pelajar yg berorientasikan peperiksaan..dan sbginya..isu bahasa adalah isu smua, tetapi dipolitikkan oleh org yg bkpntingan.. enti tiada slah apa2..stiap pdgn dan fikiran adalah diterima, utk maslahah bersama..trima ksh atas komentar..
Paham2... Bagus2..kadang2 ketuk pintu nak gerak orang dari tidur sampai bergegar dinding, tapi tak jugak bangun.Kadang2, panggil sekali je dah bangun.
Terima kasih.
Post a Comment