ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

cantiknya seorang wanita





Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyumannya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kederhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi pergaduhan dan syak wasangka mertua.

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cucunya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah agama

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektual menyala obor mewangi setanggi kerjaya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu Kekasih di atas sejadah



0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template