ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

KEBAHAGIAAN TERSIRNA

'bahagia itu dari dalam diri...

kesannya zahir rupanya maknawi...

terpendam bagai permata di dasar hati..'


Mungkin tidak asing lirik lagu di atas dengan halwa telinga kita. lagu nyanyian kumpulan UNIC ini mempunyai signifikannya tersendiri. Sudah menjadi fitrah manusia inginkan kebahagiaan. Tetapi, sedarkah kita antara sikap kebiasaan yang seringkali kita alpa akhirnya mengundang resah dalam diri? Bersama kita renungi antara sifat mazmumah yang menghilangkan kebahagiaan dalam diri.

  • PEMARAH-paling mudah dikesan dan sering berlaku dalam diri manusia. Antara sikap yang paling sukar untuk dikawal. Amalkan sunnah Rasulullah dengan sentiasa berwudhuk dan senyum selalu.
  • PENDENDAM- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Bila berkeadaan sebegini, akal sentiasa membenarkan kata-kata emosi biarpun ianya tidak rasional. Penawar bagi penyakit ini, sentiasa berbaik sangka dengan Allah dan manusia
  • TAMAK- tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki, bahkan menyekat nikmat orang lain hanya untuk kepentingan peribadi. Jangan lupa, segala harta dan rezeki yang kita sangkakan milik kita tidak akan kekal kerana ianya milik Allah
  • EGO- sentiasa merasakan dirinya benar dan tidak berlapang dada untuk menerima teguran. Biarpun setiap manusia ada egonya tersendiri, tetapi pastikan ianya tidak memakan diri.
  • TAKBUR-ibu segala mazmumah. Sikap membesarkan diri. Apabila kita bersikap dengan sikap Allah, nantikan sahaja kemurkaan-Nya
  • CINTAKAN DUNIA- Mengutamakan kebendaan sehingga tidak redha sekiranya nikmat tersebut ditarik balik.

Selagi kita bernama manusia, kesilapan sering sahaja dilakukan. Biar berkali-kali mendapat peringatan. Justeru, kurangkan merungut dan bermujahadahlah mengawal sifat mazmumah agar memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.

0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template