ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

NATIJAH IMTIHAN!!!!!!!!!!!!

alhamdulillah, natijah imtihan bagi semester akhir dan sepanjang pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa dah keluar. tidak sia-sia mata ini bersengkang hingga ke pukul 4 pagi. meski talian internet antara clear dan tak clear, tetapi masih lagi berpeluang menatap keputusan yang baik dirasakan setakat ini. Sepanjang dua tahun pengajian atau empat semester, kini bolehlah ana menarik nafas lega, melepasi tahap yang diharapkan. Berapa natijahnya?? Ish, mana boleh diumumkan di sini, rahsia..

apa pun, kegembiraan ini akan diraikan dengan peruntukan duit yang masih berbaki dalam simpanan biasiwa untuk dilaburkan di Pesta BUKU ANTARABANGSA nanti.. Kepada pelajar Pusat Asasi Universiti Malaysia yang ingin meninjau keputusan pilihanraya, eh silap, bolehlah lihat di laman web http://my.iium.edu.my/portal/page/portal/myportal_main.

Semoga apa yang berlaku ini mendapat rahmat yang besar dari Allah, mohon doa dari sahabat, teman, rafik, rakan, tautan, kenalan dan keluarga...

0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template