ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

Filem: wahana kehancuran??





Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan siaran berita yang melaporkan tentang penghasilan filem dari Belanda, Fitna. Filem terbitan Geert Wilders secara jelas menghina Islam apabila membawa tafsiran yang buruk terhadap al-Quran. Gambarannya berkenaan dengan peristiwa yang telah berlaku seperti serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, juga pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 mempunyai signifikan yang jelas bagi melemparkan imej pengganas terhadap penganut agama Islam. Meskipun, sebelum ini kita pernah digemparkan dengan penyiaran karikatur Rasulullah oleh sebuah majalah di Denmark, namun usaha musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti apabila turut disusuli dengan hasil penulisan Satanic Verses oleh Salman Rushdie. Bahkan penganugerahan gelaran sir kepada Salman Rushdie satu tika dahulu benar-benar membangkit kemarahan umat Islam seluruh dunia

(klik di sini).


0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template