ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

kenapa belajar??

Menjadi kebiasaan, sekiranya soalan ini diajukan, antara jawapan tipikal yang sering kedengaran adalah kerana ingin berjaya. Masih ingat lagi ketika di bangku sekolah dahulu, apabila pelajar ditanya tentang cita-cita, jawapan yang diberi ingin jadi doktor, polis, guru.. Peralihan zaman juga mengundang pada jawapan yang berbeza. Pelajar zaman sekarang bangga dengan cita-cita ingin jadi artis, penyanyi dan pelakon. Bagaimanapun, ketahuilah kita sendiri yang membentuk mindsetting dan memacu arah tuju kita. Di bawah ini disiarkan antara jawapan-jawapan yang boleh dmanfaat bersama...

anda belajar untuk apa??

  • Saya belajar bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan
  • saya belajar bukan kerana kecemerlangan akademik semata-mata
  • saya belajar bukan untuk menghafal maklumat akademik
  • saya belajar bukan untuk mendapat pekerjaan semata-mata
  • saya belajar bukan kerana paksaan ibu bapa
  • saya belajar bukan hanya ilmu di sekolah sahaja
  • saya belajar bukan untuk mendapat sijil semata-mata
  • saya belajar bukan untuk masuk universiti sahaja

tetapi....

  • saya belajar kerana mencari keredhaan Allah
  • saya belajar kerana ilmu wajib dicari
  • saya belajar kerana ingin mengetahui ilmu yang Allah kurniakan
  • saya belajar kerana ingin bermanfaat kepada manusia
  • saya belajar kerana ingin menterjemah peribadi mulia
  • saya belajar kerana harapan ibu bapa, guru dan negara
  • saya belajar kerana ingin menyumbang pada Agama
  • saya belajar kerana ingin cemerlang dunia dan akhirat
  • saya belajar kerana ingin mengubah cara hidup
  • saya belajar kerana ingin menggilap potensi diri

0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template