ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

BANYAKNYA BLOG!!!!!!

Melihat pada fragmen akhbar bertarikh 2 April 2008, dilaporkan sebanyak 500 000 laman blog telah wujud di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung meletakkan Malaysia antara negara yang memiliki pengendali blog tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia. Melihat pada fenomena ini, seharusnya kita berbangga kerana jika dibandingkan dengan Kesatuan Eropah dan Indonesia, negara kita mempunya bilangan penduduk yang sedikit. Jika ditinjau dari sudut positif, kewujudan blog ini membawa tamsilan bahawa Malaysia mempunyai ramai masyarakat yang berjiwa da'ie, dan bersensitiviti tinggi terhadap keadaan sekeliling.

Menurut laporan akhbar tersebut, kewujudan blog telah menyumbang kepada perubahan pilihanraya, bahkan menjadi faktor terbesar mempengaruhi pemikiran pengundi di saat akhir. Tidak dinafikan, ada sesetengah blog telah dijadikan sebagai medan penghentam atas hujah menegakkan kebenaran. Sementelahan pula, tiada kawalan menjadikan blogger-blogger bebas menyiarkan kenyataan, meluahkan perasaan, berkongsi informasi dan maklumat. Bagi penulis, kondisi ini seharusnya dilihat dari sudut positif. Meski negara kita dikatakan antara yang kurang bilangan pembaca, tetapi Malaysia kaya dengan penulis (menaip di blog). Tidakkah ini suatu yang positif?

Bagaimana pun, adalah baik kita sebagai pengguna blog memikirkan manfaat dan sumbangan terbesar terhadap masyarakat melalui penulisan yang berhemah. Sesetengah blog lebih menceritakan perihal diri sendiri, tidak lupa juga sesetengah lagi menceritakan keburukan personaliti. Apa pun cara penyampaian dan penulisan, berdirilah di atas hakikat yang kita ini adalah khalifah Allah. Menyebarkan dakwah adalah misi kita, selain beribadah. Perkara yang paling penting sekali, sudah tentulah pengguna blog seharusnya tahu apa yang disampaikan, untuk apa disampaikan, agar ilmu Allah sentiasa menjadi bahan perkongsian.

Justeru, sehingga kini penulis lebih suka mempelbagaikan bentuk penyampaian dalam blog, bahkan menggunakan peluang sebaiknya untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah dalam prospek yang cukup luas. Jadikan kapasiti kita sebagai pengguna blog yang berautoritikan pelajar agar tahu prioriti dalam penyampaian, dan keutamaan dalam perkongsian ilmu. Wallahu a'lam

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template