ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

RENUNGAN


"wahai sekalian manusia! Janganlah kalian menganggap kecil dosa-dosa itu. selidikilah dan usahalah untuk mengikis habis apa-apa dosa yang telah dilakukan, dengan jalan untuk melakukan taubat.

Allah s.w.t berfirman


"Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatan bagi orang yang mahu mengingati."

Telah sia-sia dan rugi orang yang keluar dari rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu. Dan dia telah diharamkan untuk masuk ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok(akhirat) tersedia bagi orang yang takut kepada Allah, iaitu orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk ditukarkan dengan yang banyak, orang yang suka menukar yang fana' dengan yang kekal abadi."


(KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ


Wahai saudaraku! Berimanlah kamu kepada Allah. Perkukuhkan lahmengenal dan bergantung kepadaNya, janganlah kau takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipan-Nya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak mulia, mulia dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang Mukmin dan orang-orang yang bertaqwa lagi salehin.


Hadapilah al-Quran untuk mengkajinya dan terhadap sirah nabawiyyah untuk kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah jadi orang yang praktikal, bukan orang yang berhujah sahaja. Apabila Allah memberikan segala sesuatu kaum itu tidak hidayah, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berhujah

Kasih-mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kau dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. DIAlah sebaik-baik Pembuka.

Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Dialah simbol idea(fiqrah) kamu dan bulatan penghubung di antara kamu. Tunggulah selepas itu kemenangan dan sokongan dari Allah. Harapan tetap kunjung dan janganlah kamu ragu terhadapnya."

(AL-IMAM AS-SYAHID HASSAN ALBANNA)


0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template