ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

salam pertemuan, salam perjuangan..
jadikan ruangan maya ini medium cetusan budaya, lapangan letusan maklumat, wahana penyebaran ilmu, pelestari generasi berilmu dan wadah penjana minda...

layarkan sebarang perkongsian informasi dan maklumat kepada archimyxtream@yahoo.com..
mudah-mudahan lapangan penulisan bukan sekadar picisan, namun sebagai rantaian-rantaian menuju Cinta Tuhan

secangkir kata untuk dirasa

Sejambangan kesyukuran ke hadrat Allah, dalam kepayahan dan titisan tekanan mula menjarah, kecintaan-Nya hadir dalam tiap sujud. kecintaan-Nya datang dari setiap wahyu kalam, kecintaan-Nya wujud dalam ilham sahabat-sahabat sefiqrah..

jutaan kemaafan buat sahabat yang menatap laman blog ini, dalam kepayahan ku mengatur langkah..masih tidak mampu lagi keluar dari kancah masalah. Justeru, tiada sebarang posting mahupun wacana iman mampu dikongsi bersama, sementelahan pula berlaku gangguan dalam blog ku ini..

pelbagai peristiwa tidak mampu dterjemahkan dalam penulisan ini, sekadar berlegar-legar di kepala dan kemudian hilang ditiup semilir petang. Kasih bonda bawa ke syurga, jasa Guru kerjaya tertua di dunia, bakti ayah pembina keluarga. Tangisan taufan Nargis dan penderitaan nakbah hanya sekadar di hujung jari. Tidak mampu meresapi papan kekunci.

lantaran itu, salam kemaafan sekali lagi buat semua pengunjung blog ini. Mungkin anda dihambat kebosanan melihat hamba Allah bernama halim ini masih di takuk lama.

MOhon doa dari kalian, agar secangkir kata ini bukan sekadar untuk dirasa...tapi diberi pewarna keimanan..

>jumpa lagi, insya'Allah

1 comments:

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

Salam halim. Nape tukar balik templates? yg kuning tu lawar la... He2... Ok. Baru sampai umah ni.. Ayah baru beli internet baru. Ok. Take care! Dont give up in this main campus.. Insya Allah together we climbing the wall..

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template