Pada saat entri ini ditaip, mungkin manusia yang bergelar pelajar, atau penuntut ilmu rata-rata sudah memperolehi keputusan peperiksaan. Kepada yang belum, jelaslah penantian itu satu penyeksaan. (padanya yang menanti sangat-sangat la) Apapun, segalanya dikembalikan kepada Yang Maha Esa. Sama ada kita bersedia menerima dengan syukur, atau kita tewas dengan kufur. Hikmah yang kita tahu di sebalik setiap kejadian adalah perkiraan kita atas keterbatasan kita sebagai manusia, tetapi hikmah mutlak hanya Allah sahaja yang tahu. Sememangnya atas keterbatasan kita sebagai manusia, setiap perkara kita ukur dengan kayu ukur dunia. Setiap benda kita mengambil kira pandangan manusia. Hal ini disebabkan pergantungan hidup kita dengan manusia yang lain sangat perlu dan perkara ini ditekankan lagi dalam kalam Allah sebagai hablu min an-Nass (hubungan sesama manusia).
(klik di sini)
(klik di sini)
4 comments:
salam. halim, tul tu kdg2 kita tk leh terima akan keputusan kita tp tentu ada hikmahnya kan?? Sama2 la kita pk.
orang yg kecewa dalam resultnya..
trima ksih.
pertimbangkan pdgn mnusia, tetapi utama kan pndangn DIA..
smoga ALlah membantu kita mencari jalan kluar
artikel ni bg ksedaran, kdg2 kite mrasaakn kite da buat yg terbaik, tp kite lupe ble kite buat kerana manusia...
semoga Allah mengampunkan dosa kita semua
amin........
perlu sntiasa beringat, supaya kikta tahu yang kita hdup bukan utk diri sndiri..hidup biar bjasa
Post a Comment